ARKIB : 27/08/2002
KHALID JAMLUS, yang berjaya
memikat sebuah kelab bola sepak Jerman mungkin tidak akan dapat membantu skuad
negara pada Sukan Asia di Busan, bulan depan.
Penjaring terbanyak Liga Perdana
Satu itu ketika ini masih dibelenggu kecederaan otot kaki yang memerlukannya
rehat yang agak panjang.
``Nasib Khalid masih samar,''
kata jurulatih kebangsaan, Allan Harris di Wisma FAM, Petaling Jaya, semalam.
``Kecederaan seperti ini
memerlukan waktu rehat sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan minggu.''
Khalid, yang gagal dalam misinya
untuk bermain bagi pasukan SV Greuther Furth di Jerman kerana kecederaan adalah
diantara 27 pemain yang disenaraikan oleh Harris untuk latihan pusat sebagai
persiapan ke Sukan Asia.
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4cGDm0rxw
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan