1
Jamsari bin Sabian, 2 Azairuddin bin Abdul Aziz, 3 Kamarulzaman Hassan, 4 Jaya
Prekash a/l Supramaniam, 5 Gopalan a/l Mujappan, 6 Khairun Haled bin Masrom, 7
Azlan bin Hussain, 8 Yuzalman bin Zahari, 9 Johnny Joseph, 10 Hairuddin bin
Omar, 11 Gilbert Cassedy anak Gawing, 12 Azmir Nor Hakim bin Burhan, 13 Das bin
Gregory Kolopas, 14 Chan Wing Hoong, 15 Roslie bin Md Derus, 16 Chia Cheng Kar,
17 Tengku Hazman bin Raja Hassan, 18 Nik Ahmad Fadly bin Nik Leh, 19
Kamarulzaman bin Yub Abdul Majid, 20 Eddy Helmi bin Abd Manan, 21 Chow Chee
Weng, 22 Saravanan s/o Vellu, 23 Mohd Nafuzi bin Muhammad Zain, 24 Muhammad
Khalid bin Jamlus, 25 Lim Chan Yew, *M. Elangoo, *Redzuan Khan Ahmad
Selasa, 30 April 2019
Sabtu, 27 April 2019
Khalid yakin Kelantan bakal digeruni lawan
ARKIB : 08/10/2008
Khalid yakin Kelantan bakal
digeruni lawan
KUALA LUMPUR - Bekas penyerang
kebangsaan, Khalid Jamlus berazam untuk merealisasikan hajat pasukan barunya,
Kelantan untuk muncul sebagai pasukan yang digeruni dalam saingan bola sepak
tempatan.
Menurut bekas pemain Perak itu,
dia yakin Kelantan mampu mencapai sasaran untuk merangkul satu piala dalam
saingan Liga Malaysia musim depan berdasarkan gabungan pemain yang terdiri
daripada anak jati Kelantan, bintang muda serta pemain berpengalaman.
Katanya, misi pertama bersama
Kelantan ialah membantu pasukan Kijang layak ke saingan Liga Super pada musim
berikutnya.
''Saya optimis terhadap kemampuan
Kelantan untuk muncul sebagai salah satu pasukan yang mampu mencabar pasukan
elit dalam kancah bola sepak tempatan.
''Sebagai pemain profesional saya
akan memberikan yang terbaik untuk pasukan yang saya wakili.
''Saya tidak kisah beraksi dalam
Liga Perdana bersama Kelantan kerana ia tidak kurang hebatnya.
''Walaupun beraksi dalam Liga
Perdana, Kelantan masih berpeluang menyaingi pasukan elit dalam kempen Piala
Malaysia dan Piala FA,'' katanya, semalam.
Khalid antara pemain
berpengalaman yang disandarkan harapan untuk membawa Kelantan muncul sebagai
pasukan elit dalam saingan bola sepak tempatan.
Turut menarik minat Kelantan
ialah rakan sepasukan Khalid di Perak, Ahmad Azlan Zainal dan pemain
berpengalaman yang beraksi untuk Terengganu pada musim lalu, Che Hishamuddin
Hassan.
Selain bintang veteran, skuad
Kelantan turut menyambar bintang muda, Norfarhan Mohd. dan Daudsu Jamaluddin.
Pasukan Pantai Timur itu turut
mendapatkan khidmat jurulatih dari England, Peter James Butler yang pernah
melatih Sabah, pasukan Liga S di Singapura dan Liga Indonesia.
''Sebagai pemain profesional
tidak salah saya berhijrah ke pasukan lain. Ini merupakan kali kedua saya
berhijrah selepas bersama Selangor selama dua musim sebelum ini,'' ujarnya.
Mengenai prestasinya musim lalu,
menurut Khalid, dia tetap berpuas hati ketika bersama Perak walaupun dibelenggu
kecederaan di pertengahan musim.
''Saya hanya sempat beraksi dalam
skuad utama di awal musim dan selepas itu terpaksa bergelut dengan masalah
kecederaan.
''Setelah pulih agak sukar untuk
saya kembali ke dalam pasukan namun masih berupaya menjaringkan 23 gol.
''Pengalaman beraksi di pentas
antarabangsa bersama pasukan kebangsaan akan saya curahkan untuk membantu
Kelantan mencapai cita-cita menjadi pasukan yang dihormati,'' tambahnya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz50rmzvJAX
© Utusan Melayu (M) Bhd
Khalid Jamlus sudah sedia
ARKIB : 15/02/1998
SELEPAS tersisih menggalas cabaran pada Kejohanan Belia Dunia Jun tahun lalu akibat keretakan di bahagian lutut, penyerang utama skuad Olimpik 2000, Khalid Jamlus kini sudah bersedia membuktikan kehebatan sebenar dirinya, lapor AMRAN MULUP.
Enam gol yang dicipta oleh Khalid sewaktu dia kembali semula beraksi dengan Skuad Olimpik September lalu meletakkan dirinya antara pemain yang perlu diawasi lawan apabila mengharungi pusingan kelayakan Liga Malaysia, 3 Mac ini.
Dua gol dicipta oleh ayam tambatan Perak itu pada Kejohanan Jemputan Antarabangsa Haiphong, Vietnam selain kunjungan ke Australia dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) Disember lalu, menjelaskan betapa kehadirannya melegakan jurulatih Hatem Souissi.
Sejak September tahun lalu, Khalid tidak pernah tersisih dalam kesebelasan utama menjurus dirinya menjadi sandaran utama untuk membolosi gawang lawan.
Buat Khalid, dia sedar betapa tugas berat yang sedang menantinya dengan ujian sebenar buat Skuad Olimpik diletakan dalam Kumpulan A bersama-sama naib juara Piala FA tahun lalu, Pulau Pinang dan Melaka dalam pusingan kelayakan bulan depan.
''Saya sudah cukup bersedia kali ini untuk membantu skuad Olimpik layak ke Perdana Satu. Sekalipun saya sedar akan berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman tetapi ini sama sekali tidak menakutkan saya,'' ujar Khalid.
Sebaliknya dia menyifatkan penampilan Skuad Olimpik dalam kancah saingan Liga Malaysia musim ini menjadi pentas untuk membuktikan kehebatan sebenar memikul tugas selaku penggempur.
Semalam Khalid turut menyumbang satu daripada dua gol kemenangan Skuad Olimpik menewaskan pasukan Liga Simpanan Selangor 2-0 dalam perlawanan persahabatan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam. Satu gol lagi dijaringkan oleh M. Elanggo. Kedua-dua gol dicipta pada babak pertama.
Menurutnya, skuad Olimpik sudah cukup bersedia untuk mengharungi cabaran sengit pada pusingan kelayakan.
''Saya tidak berani meramalkan peluang untuk layak ke Perdana Satu tetapi yang pasti kita akan memberikan persembahan terbaik,'' katanya lagi.
Hatem terpikat dengan aksi Khalid sewaktu pemain berusia 21 tahun itu menyarung jersi Perak pada Liga Malaysia 1996.
Bagaimanapun, hajat Khalid untuk beraksi dalam Kejohanan Piala Belia Dunia tidak kesampaian akibat kecederaan yang menimpanya sewaktu skuad remaja negara mengadakan sesi latihan di Perancis.
Selepas ini Skuad Olimpik akan mengharungi dua lagi perlawanan persahabatan menentang kelab profesional Pogon dan Selangor minggu depan.
Dalam persaingan pusingan kelayakan nanti, skuad Olimpik akan memulakan cabaran awal menentang Pulau Pinang di tempat lawan sebelum menanti kunjungan Melaka.
Pada pusingan kelayakan yang lain menyaksikan Terengganu, Kelantan dan Johor diletakan dalam Kumpulan B.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4FVURZ1x5 © Utusan Melayu (M) Bhd
Jumaat, 19 April 2019
Tiga pemain digantung perlu tingkatkan prestasi
TIGA pemain Olimpik 2000 Muhamad Khalid Jamlus, V. Saravanan dan M. Elangoo perlu membuktikan kemampuan sebenar mereka sebelum disenaraikan semula dalam kesebelasan utama mengharungi kempen Perdana Satu, lapor AMRAN MULUP.
Ketiga-tiga pemain itu yang akan melapor diri hari ini selepas genap sebulan digantung kerana melanggar disiplin bulan lalu, terpaksa bersaing dengan rakan lain sebelum mendapat kepercayaan kembali ke posisi masing-masing.
Malah peluang ketiga-tiga pemain itu untuk penampilan pertama menentang Perak malam esok turut belum pasti.
Menurut jurulatih Olimpik, Hatem Souissi tiada sebarang keistimewaan diberikan kepada ketiga-tiga pemain itu sekalipun mereka dianggap tiga tonggak utama menjadi teras skuad Olimpik.
''Mereka kembali semula tetapi ini bukan bermakna peluang untuk berada dalam kesebelasan utama menjadi milik mereka. Ini juga satu pengajaran kepada mereka.
''Yang penting mereka perlu menunjukkan prestasi terbaik jika tidak, sukar untuk saya menyenaraikan mereka dalam kesebelasan utama.
''Saya akan tengok tahap kecergasan selepas di ketepikan selama sebulan dan ini bergantung pada sesi latihan,'' ujar Hatem.
Biarpun mengakui akan reputasi Khalid Jamlus dan V. Saravanan antara penyerang yang menjadi harapan skuad Olimpik pada Perdana Satu, namun Hatem berpegang kepada prinsip.
''Skuad saya tiada pemain yang dianggap pemain bergelar bintang. Taraf serta keupayaan semua pemain adalah sama. Saya hanya pilih mereka yang benar-benar komited, berdisiplin selain memberikan persembahan terbaik... dialah yang akan disenaraikan,'' katanya.
Lantaran daripada itu Khalid, Saravanan dan Elangoo yang akan memulakan sesi latihan hari ini terpaksa membuktikan kemampuan sebenar mereka.
Sejak ketiadaan Khalid dan Saravanan, Hatem mempertaruhkan Chow Chee Weng dan Azmir Nor Hakim Borhan di bahagian serangan yang menjadi teraju kejayaan Olimpik melepasi halangan pusingan kelayakan Perdana Satu.
Manakala tempat Elangoo pula diambil oleh pemain lincah Nik Ahmad Fadly Nik Leh.
Mengenai peluang ketiga-tiga pemain itu disenaraikan bagi pertemuan kedua menentang Perak malam esok, Hatem berkata ia bergantung kepada tahap kecergasan mereka yang akan diuji hari ini.
Pada perlawanan pertama Olimpik sekadar mengutip satu mata selepas seri 0-0 menentang semi-finalist Piala Malaysia musim lalu, Brunei Sabtu lalu.
Pertemuan dengan Perak bakal menghadirkan ujian getir buat Olimpik berdasarkan keupayaan lawan menewaskan semi- finalist Piala Malaysia musim lalu Perlis dengan 5-0.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4GLfPfcmI © Utusan Melayu (M) Bhd
Skuad Olimpik cukup bertenaga
ARKIB : 16/03/1998
WALAUPUN skuad Olimpik 2000 hanya mencipta kemenangan tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang, jurulatih Hatem Souissi tidak akan membuat rombakan besar-besaran bagi menghadapi Melaka dalam perlawanan kumpulan A, pusingan kelayakan Perdana Satu, di Stadium Merdeka, Sabtu ini.
Ini bermakna Hatem tidak bercadang untuk memanggil semula tiga tonggak skuad Olimpik 2000 yang digantung kerana masalah disiplin, M. Elango, V. Saravanan dan Khalid Jamlus sekalipun sedar lawan bakal memberi saingan sengit.
Skuad Olimpik 2000 belum cukup mantap
ARKIB : 05/03/1998
TUMPUL... Dua pemain Pulau Pinang, Chee Wan Hoe dan Fabio De Silva nyata lebih tangkas dalam perebutan bola dengan pemain skuad Olimpik 2000, M. Gopalan pada pertemuan kelayakan Perdana Satu di Stadium Merdeka, kelmarin. Pulau Pinang menang 1-0.
PERSEMBAHAN hambar skuad Olimpik 2000 yang tewas 0-1 di tangan Pulau Pinang dalam pusingan kelayakan Perdana Satu kelmarin membayangkan bahawa pasukan remaja itu masih belum mantap, lapor AMRAN MULUP.
Permainan kelmarin jelas membayangkan sasaran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bahawa pasukan itu - yang dibentuk sejak tiga tahun lalu - mampu menggegar, nampaknya kini jauh meleset.
Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengilhamkan skuad itu sambil memenuhi apa sahaja tuntutan jurulatihnya Hatem Souissi, menyaksikan sendiri aksi kurang bertenaga dipamerkan oleh kesebelasan utama.
Malah Tengku Abdullah sering kali menggeleng-geleng kepala sepanjang babak berlawanan berlangsung hingga beliau tangkas pulang sebelum perlawanan berakhir, membayangkan betapa hampanya menyaksikan pemain Olimpik beraksi seperti 'anak ayam kehilangan ibu'.
Soal kalah atau menang adalah adat pertandingan namun apa yang dipamerkan oleh anak didik Hatem jelas pincang di setiap posisi.
Hantaran-hantaran yang tidak tepat dan sering memihak kepada lawan selain tiada sebarang gerakan menarik mampu mencabar kewibawaan penjaga gol veteran Ahmad Sobri sepanjang babak, menjelaskan betapa pemain yang mula dibentuk sejak 3 Januari 1995 itu masih terkial-kial mencari rentak.
Persembahan kelmarin jauh dari aksi sebenar skuad Olimpik sewaktu menggalas cabaran pada Kejohanan Piala Belia Dunia Jun tahun lalu menyaksikan pemain negara tewas semua perlawanan kepada Maghribi (3-1), Uruguay (3-1) dan Belgium (3-0).
Barisan yang ditampilkan oleh Hatem tidak banyak bezanya dengan skuad sama mengharungi kempen Piala Belia Dunia melainkan lima pemain. Mereka ialah Jamsari Sabian, Johnny Joseph, Lim Chan Yew, S. Jayaprakash dan Muhamad Khalid Jamlus.
Hanya Johnny Joseph adalah muka baru yang dipanggil Disember tahun lalu manakala empat lagi pemain adalah anggota asal pasukan yang dulunya dikenali skuad Projek FAM/Coca-Cola '97 yang terpaksa diketepikan dalam senarai Piala Belia Dunia akibat kecederaan.
Namun Hatem tangkas menyangkal bahawa peluang pasukan bimbingannya tidak mampu memberikan saingan sengit untuk layak ke Perdana Satu.
Mengulas mengenai persembahan itu beliau mengakui anak buahnya gementar sejak babak pertama bermula hingga menyebabkan segala gerakan mudah dipintas pihak lawan.
''Saya juga turut kecewa dengan komitmen mereka yang nampaknya tidak bersungguh. Bagi saya biasanya perlawanan pertama selalunya terjadi begini,'' jelas Hatem.
Katanya, aksi pada babak pertama nampak kurang bertenaga tetapi sebaliknya pada babak kedua meyakinkan sekalipun gagal menjaringkan gol.
''Ini adalah kekalahan pertama. Ini tidak bermakna peluang pasukan saya sudah berakhir kerana masih ada baki tiga perlawanan.
''Cuma sekarang saya perlu memikirkan perlawanan menentang Melaka Selasa depan,'' ujarnya lagi.
Berdasarkan persembahan itu beliau tidak merancang untuk melakukan rombakan besar dalam kesebelasan utama sekali pun sedar ada sebahagian daripada pemain bermain di luar keupayaan sebenar.
Hatem mampu menghela nafas lega menyaksikan kemantapan benteng pertahanan yang dikemudi oleh S. Jayaprakash menyekat gerakan Merzagua Abderrazzak dan G. Shanmugam.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0305&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4Fcon9QO9 © Utusan Melayu (M) Bhd
Khalid Jamlus sudah sedia
ARKIB : 15/02/1998
SELEPAS tersisih menggalas cabaran pada Kejohanan Belia Dunia Jun tahun lalu akibat keretakan di bahagian lutut, penyerang utama skuad Olimpik 2000, Khalid Jamlus kini sudah bersedia membuktikan kehebatan sebenar dirinya, lapor AMRAN MULUP.
Enam gol yang dicipta oleh Khalid sewaktu dia kembali semula beraksi dengan Skuad Olimpik September lalu meletakkan dirinya antara pemain yang perlu diawasi lawan apabila mengharungi pusingan kelayakan Liga Malaysia, 3 Mac ini.
Dua gol dicipta oleh ayam tambatan Perak itu pada Kejohanan Jemputan Antarabangsa Haiphong, Vietnam selain kunjungan ke Australia dan Amiriah Arab Bersatu (UAE) Disember lalu, menjelaskan betapa kehadirannya melegakan jurulatih Hatem Souissi.
Sejak September tahun lalu, Khalid tidak pernah tersisih dalam kesebelasan utama menjurus dirinya menjadi sandaran utama untuk membolosi gawang lawan.
Buat Khalid, dia sedar betapa tugas berat yang sedang menantinya dengan ujian sebenar buat Skuad Olimpik diletakan dalam Kumpulan A bersama-sama naib juara Piala FA tahun lalu, Pulau Pinang dan Melaka dalam pusingan kelayakan bulan depan.
''Saya sudah cukup bersedia kali ini untuk membantu skuad Olimpik layak ke Perdana Satu. Sekalipun saya sedar akan berdepan dengan lawan yang lebih berpengalaman tetapi ini sama sekali tidak menakutkan saya,'' ujar Khalid.
Sebaliknya dia menyifatkan penampilan Skuad Olimpik dalam kancah saingan Liga Malaysia musim ini menjadi pentas untuk membuktikan kehebatan sebenar memikul tugas selaku penggempur.
Semalam Khalid turut menyumbang satu daripada dua gol kemenangan Skuad Olimpik menewaskan pasukan Liga Simpanan Selangor 2-0 dalam perlawanan persahabatan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam. Satu gol lagi dijaringkan oleh M. Elanggo. Kedua-dua gol dicipta pada babak pertama.
Menurutnya, skuad Olimpik sudah cukup bersedia untuk mengharungi cabaran sengit pada pusingan kelayakan.
''Saya tidak berani meramalkan peluang untuk layak ke Perdana Satu tetapi yang pasti kita akan memberikan persembahan terbaik,'' katanya lagi.
Hatem terpikat dengan aksi Khalid sewaktu pemain berusia 21 tahun itu menyarung jersi Perak pada Liga Malaysia 1996.
Bagaimanapun, hajat Khalid untuk beraksi dalam Kejohanan Piala Belia Dunia tidak kesampaian akibat kecederaan yang menimpanya sewaktu skuad remaja negara mengadakan sesi latihan di Perancis.
Selepas ini Skuad Olimpik akan mengharungi dua lagi perlawanan persahabatan menentang kelab profesional Pogon dan Selangor minggu depan.
Dalam persaingan pusingan kelayakan nanti, skuad Olimpik akan memulakan cabaran awal menentang Pulau Pinang di tempat lawan sebelum menanti kunjungan Melaka.
Pada pusingan kelayakan yang lain menyaksikan Terengganu, Kelantan dan Johor diletakan dalam Kumpulan B.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4FVURZ1x5 © Utusan Melayu (M) Bhd
Skuad Hatem kian matang
ARKIB : 15/01/1998
KHALID JAMLUS.
SKUAD Olimpik 2000 negara semakin matang walaupun keputusan perlawanan persahabatan kurang memberangsangkan sewaktu mengadakan sesi latihan di Amiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini, AMRAN MULUP melaporkan.
Ketua jurulatihnya, Hatem Souissi tetap mempertahankan keupayaan barisan pemainnya sudah cukup bersedia untuk mengharungi cabaran getir pada kancah persaingan Liga Perdana Mac ini.
Beliau berkata walaupun skuad negara gagal meraih kemenangan dari empat perlawanan persahabatan yang diharungi, tetapi sesi latihan di UAE tetap menghadirkan perkhabaran gembira.
''Perlawanan di UAE memberi kesan yang cukup baik kepada pemain. Kita mengharungi perlawanan yang berkualiti berdepan dengan kelab-kelab yang cukup kuat.
''Kita mampu memberikan saingan hanya tidak ada sebarang kemenangan yang diraih. Namun keseluruhannya saya puashati dengan tahap pencapaian pemain dan dapat saya rumuskan mereka sudah bersedia mengharungi kempen kelayakan ke Premier Satu atau Premier Dua Mac ini,'' ujar Hatem ketika ditemui sebelum berangkat ke Tunisia semalam.
Skuad remaja negara yang pulang ke tanah air Selasa lalu tewas sekali 0-1 kepada kelab Al-Ahli dan seri tiga perlawanan ketika menentang Al-Shaab (2-2), Al-Fujairah (1-1) dan Al-Shabab (1-1).
Keputusan ini mengulangi pencapaian kurang memberangsangkan ketika menyertai Kejohanan Jemputan Hai Phong di Vietnam tahun lalu apabila pasukan negara tersingkir di peringkat awal.
Pasukan bimbingan jurulatih dari Tunisia, Hatem Souissi hanya seri 1-1 ketika bertemu Polis Hai Phong dan Polis Ho Chih Minh dan tewas 1-3 kepada Estonia.
Bagaimanapun latihan di Perth Australia tahun lalu pemain negara menunjukkan persembahan membanggakan apabila mencapai dua kemenangan, satu kalah dan satu seri.
Dua kemenangan dicapai ketika menewaskan Perth Italia (2-1), West Coast Youth (4-0) sebelum tewas 1-2 kepada Pilihan Western Australia dan seri 1-1 dengan Freemantle City.
Menurut Hatem, pendedahan di UAE tampak meyakinkan kebolehan pemain walaupun terpaksa berdepan dengan kelab-kelab terkemuka UAE yang membariskan antara empat atau lima pemain kebangsaan negara itu yang muncul naib juara Piala Asia tahun lalu.
''Yang penting, saya sudah dapat mengenal pasti kesebelasan utama untuk mengharungi pusingan kelayakan untuk ke Premier Satu ataupun Dua Mac ini.
''Saya tetap menyifatkan cabaran awal ini amat mustahak kepada pemain saya. Saya tidak kisah sama ada bermain di Premier Satu ataupun Premier Dua yang penting pemain saya cuba untuk memberikan yang terbaik,'' jelas Hatem lagi.
Lebih melega jurulatih itu adalah kombinasi serangan menerusi gandingan Khalid Jamlus dan Chow Chee Weng yang kian menunjukkan peningkatan apabila masing-masing menjaringkan dua gol.
''Bolah saya katakan, jentera serangan tampak meyakinkan selain posisi tengah dan pertahanan turut membawa perkhabaran gembira,'' katanya.
Skuad Olimpik negara akan bersaing dengan lima pasukan terdiri dari Johor, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Pulau Pinang bagi mengharungi peringkat kelayakan bagi menentukan dua pasukan yang akan layak ke Premier Satu.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4FPmdSV9U © Utusan Melayu (M) Bhd
Rabu, 3 April 2019
Langgan:
Catatan (Atom)