ARKIB : 07/06/2007
KUALA LUMPUR Perak merampas kedudukan
Kedah di tangga teratas menerusi perbezaan gol setelah membelasah Melaka 9-0
dalam aksi bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat, semalam.
Kemenangan dengan rekod
jaringan besarmemastikan Perak merampas tampuk sebagai pendahulu liga daripada genggaman
Kedah yang seri 1-1 bertemu Perlis.
Perak dan Kedah mengutip 46
mata tetapi dipisahkan dengan perbezaan gol yang jelas menjadi milik skuad
Seladang dengan baki tiga perlawanan.
Keita Mandjou dan Muhammad
Khalid Jamlus muncul hero membantu kejayaan terbesar Perak apabila
masing-masing menjaringkan empat gol.
Mandjou meledakkan jaringan
pada minit 10, 13, 52, 86 manakala Khalid Jamlus pula di minit 50, 54, 82, 83
dan satu gol lagi hasil jaringan R. Surendren minit ke- 60.
Di Stadium Utama, Kangar, Kedah
melepaskan tampuk sebagai pendahulu kepada Perak setelah hanya mampu seri 1-1
ketika berdepan Perlis.
Keputusan seri buat Kedah
sekadar membuka ruang kepada Perak yang menewaskan Melaka 9-0 untuk kedua-dua
pasukan terikat dengan 46 mata di tangga teratas dengan baki tiga perlawanan.
Persaingan dua gergasi Kedah
dan Perlis menyaksikan pertemuan sengit dengan setiap ruang di Stadium Utama
dipenuhi peminat.
Kebuntuan terlerai pada minit
ke-86 buat tuan rumah Perlis menerusi jaringan Zachariah Simukonda yang
menyempurnakan bola tampanan penjaga gol Kedah hasil percubaan Philimon
Chepita.
Gol penyamaan Kedah diperoleh
menerusi Mohd. Fadzli Ata Taib minit ke-90.
Di Stadium Darul Makmur, Pahang
tunduk 2-3 kepada Johor FC. Gol-gol Johor FC dijaringkan oleh Gasphon Marcel
Conlon (41), Walter Ariel Silva (51) dan Mohd. Khairy Kiman (65). Pahang
memperoleh gol menerusi pemain veteran, Azizul Kamaluddin (12) dan jaringan
sendiri pemain Johor FC, Abdul Wahab Mansur (18).
Di Stadium MBPJ, Telekom Melaka
menewaskan Terengganu 4-2 sementara di Stadium Shah Alam, Selangor seri 1-1
bertemu Pulau Pinang dan di Stadium Sultan Hassanal Bolkiah, Brunei menewaskan
pasukan tercorot Sarawak 4-0
SUMBER-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0607&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4u8exNkX2
© Utusan Melayu (M) Bhd