Jumaat, 8 September 2017

Kehadiran Khalid ceriakan Seladang



ARKIB : 26/10/2006

IPOH – Kehadiran bekas penyerang Selangor, Mohd. Khalid Jamlus mampu menyelesaikan ketumpulan serangan Perak dalam mengharungi Liga Malaysia bagi musim 2006-2007.

Musim lalu, skuad Seladang hanya bergantung kepada penyerang Guinea, Keita Mandjou bagi menjaringkan gol sepanjang musim lalu.

Justeru, Perak berharap dengan kehadiran Khalid yang akan digandingkan Mandjou mampu menyelesaikan masalah serangan Seladang dan mengurangkan penggantungan kepada penyerang Guinea.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PFA) Datuk Muhammad Mahiyuddin Abdullah mengesahkan pengambilan Khalid itu akan dapat memberi nafas baru kepada serangan Seladang.

Sebelum ini, Perak terpaksa mengharungi pertengahan musim lalu dalam keadaan yang begitu sukar apabila Mandjou gagal menjaringkan gol kerana dikawal ketat oleh pihak lawan.

‘‘Saya percaya serangan Seladang lebih menyengat apabila jurulatih Steve Darby melakukan percaturan baru dengan kehadiran beberapa muka baru termasuk Khalid,” jelas Mahiyuddin baru-baru ini.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4s66gYZ7Q
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan