ARKIB : 15/09/1999
TERENGGANU dan Perak
mengesahkan tempat ke Piala Malaysia biarpun keputusan di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu semalam memihak kepada pasukan pelawat yang
menang 2-1 pada perlawanan bola sepak play-off kumpulan B.
Dengan keputusan itu, Perak
yang sejak awal cuba mengintai ruang gol lawan akhirnya membuahkan senyuman
cukup bermakna untuk mengiringi Terengganu ke Piala Malaysia apabila muncul
naib juara kumpulan.
Skuad Penyu yang jelas sudah
dikira layak ke pusingan Piala Malaysia biarpun tewas kepada Perak pada
perlawanan itu mula menggelabah apabila penyerang berbisa pelawat, V. Saravanan
memperoleh gol pada minit pertama pertarungan bermula.
Terengganu pula yang tergamam
setelah ketinggalan 0-1 agak kehilangan rentak dan terpaksa berhempas pulas
mengatur semula gerakan sebelum sentuhan sebenar ditemui 10 minit kemudian.
Bermula dengan Sapian Wahid
yang membuat tandukan bola akhirnya melekat dalam genggaman Zamri disusuli
Anuar Jusoh menyepak kencang tetapi tersasar sebelah kanan gol Perak.
Setiba di minit ke-29 babak
pertama, Anuar yang dari mula kelaparan gol akhirnya berhasil menyamakan
kedudukan dengan menyempurnakan peluang terbuka di depan pintu gol pelawat
hasil sepakan percuma dari kawasan tengah padang.
Kedudukan seri 1-1 tidak
mematahkan semangat kedua-dua pasukan untuk saling menyerang mencari gol
kemenangan sehinggalah ke babak kedua bermula.
Pada minit ke-15 separuh masa
kedua apabila penyerangnya, Hairuddin Omar terpaksa dikeluarkan akibat
kecederaan di kepala selepas berlanggar dengan seorang pemain Perak.
Namun nasib sememangnya lebih
berpihak kepada Perak apabila seorang lagi bekas penyerang skuad Olimpik 2000,
Mohd. Khalid Jamlus ternyata berbisa untuk melengkapkan gol kemenangan buat
Perak pada minit 76 sekali gus memastikan pasukannya layak ke Piala Malaysia
yang dijadual bermula 25 September ini.
Sumber-Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0915&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_03.htm#ixzz4SGDQjdZ2
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan