ARKIB : 03/05/2010
KUALA TERENGGANU - T-Team
barharap dapat menggunakan khidmat bekas pemain kebangsaan, Muhammad Khalid
Jamlus apabila menentang Negeri Sembilan di Paroi, Sabtu ini.
Pengurus T-Team, Rosdi Awang
berkata, permohonan telah pun dihantar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) dan pihaknya mengharap keputusan segera dibuat FAM berhubung perkara itu.
Penyerang itu mengikat kontrak
dengan pasukan T- Team untuk bermain dalam liga tersebut, Jumaat lepas.
Rosdi berkata, langkah T-Team itu
juga bertujuan untuk mencukupkan kuota T-Team, selain memberi peluang pemain
itu menghidupkan semula bakatnya supaya tidak terus berkubur setelah
disingkirkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kita harap Khalid akan
buktikan kemampuannya dan seterusnya melonjak T-Team ke tempat yang terbaik
dalam carta Liga Super musim ini," katanya.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0503&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz5a8Sq7fQ6
© Utusan Melayu (M) Bhd
Tiada ulasan:
Catat Ulasan