Ahad, 22 Disember 2019

PENJARING GOL LIGA PRIMIER 2005


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Position
Players
Clubs
Goals
1
23
2
22
3
17
4
16
5
Selangor PKNS
Selangor PKNS
13
7
13
8
10
10
9.[1]




[1] https://en.wikipedia.org/wiki/2005_Malaysia_Premier_League

PEMAIN VETERAN MALAYSIA LIGA SUPER DAN LIGA PERDANA 2008

OLEH AHMAD YAAKOB
 Pemain berpengalaman Liga Super dan Liga Perdana yang masih beraksi walaupun telah berusia 30-an. Antaranya Mohd Noor Derus 33 tahun, Sapian Wahid 34, Rosdi Talib 32, Azizul Kamluddin 36, Zuraimi Hassan 35, Zailani Jaafar 34,Mohd Nazaruddin Zain 33, Tengku Hazman 31, Manzoor Azwira 32, Zainuddin Ariffin 34, Mohd Faizal Esahar 31, Mohd Hamsani Ahmad 32, Chan Wing Hoong 31, Ahmad Shahrul Azhar 34, K. Nanthakumar 31, Khalid Jamlus 31, A. Victor 32, Badrul Afzan Razali 32, Rafdi Rashid 31.[1]
______________________
[1] Malaysia Super League, Berita Harian Khamis 12 Februari 2008, hlm.6.

Isnin, 16 Disember 2019

Khalid Jamlus (2002 – 17 gol)


KHALID JAMLUS


Kredit foto: Seladang.net
Ketika ini pemain import telah dibenarkan untuk kembali beraksi di Malaysia. Kehadiran pemain import tidak menjadi masalah buat penyerang Perak ini apabila berjaya menghasilkan 17 gol untuk menjadi penjaring terbanyak liga.

Ketika itu Perak turut diperkuatkan dengan pemain-pemain seperti Ahmad Shahrul Azhar Sofian, V.Saravanan, Indra Putra Mahayuddin dan Norizam Ali Hassan.

Pencapaian hebat dari Khalid itu juga diserikan lagi dengan kejayaan Perak berjaya menjuarai saingan Liga Perdana Satu apabila mencatatkan 60 mata bagi meninggalkan Selangor di tempat kedua.[1]


[1]https://www.semuanyabola.com/penjaring-terbanyak-liga-perdana-satu-tahun-1998-hingga-2003/

Ahad, 24 November 2019

Senarai penjaring LS selepas perlawanan ke-16 dan ke-17


1 gol  Marlon Alex James Kedah, Lamin Conteh Negeri Sembilan, Carlos Caceres, Khalid Jamlus Perak, Eddy Helmi Manan, Walter Ariel Silva, Mohd. Riduwan Maon, Mohammad Ezaidy Mohd. Khadar Johor FC, R.Surendran, Hairuddin Omar Pahang, Hilary Echesa, Nanthakumar PDRM dan Sharazin Said dan Didier Belibi Brunei.[1]

Analisa perlawanan ke-16 dan ke-17. Negeri Sembilan 1-1 Kedah, Perak 2-0 Perlis, UPB-MyTeam 0-2 Pahang, DPMM FC 2-2 Polis dan Johor FC 4-0 Pulau Pinang.[2]Hasrat Kedah untuk terus melebarkan kedudukan dipersada liga tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dengan Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi. Kedah memulakan perlawanan dengan terus melancarkan serangan ke kubu Negeri sembilan dan Marlon Alex James nyaris meletakkan pasukannya di depan apabila percubaannya dari luar kotak penalti pada minit ketiga terus ke dakapan penjaga gol, Farizal Harun. Tendangan Shahruain Abu Samah dinafikan oleh kecekapan Helmi Eliza pada minit ke-40, 43 dan 45. Babak kedua Marlon membuka jaringan pada minit ke-65 menerusi sepakan percuma Marlon yang terus menewaskan Farizal selepas Marlon dijatuhkan oleh Marian Juhas di luar kotak penalti.[3]



[1] Bola Sepak, Rekod Kedah Tercalar, Mingguan Malaysia, Ahad 2 Mac 2008, hlm.24. 

[2] Keputusan Liga Super, Sukan Berita Minggu, Ahad 2 Mac 2008, hlm.32.
[3] Rizar Mohd Noor, Amin Jalil dan Azizzan Hashim, NS Longgarkan Cengkaman Hijau Kuning, Sukan Berita Minggu, Ahad, 2 Mac 2008, hlm.32.

PENJARING GOL LS 2008


22 GOL
Marlon Alex James Kedah
16 GOL
Carlos Caceres        Perak 
13 GOL
Mohd Khalid Jamlus         Perak 
11 GOL
Phillimon Chipeta   Perlis 
Mohd Safee Sali     Selangor      
Frank Seator Selangor      
Gliesson Jorge de Souza    Terengganu  
9 GOL
Hilary Echesa         PDRM         
Mohamad Zaquan Adha    N.Sembilan NAZA
Badrol Bakhtiar      Kedah
Andres Fuentes Gustavo    Johor FC     
7 GOL
Zairo Anuar Zalani  Terengganu
6 GOL
Muhamad Zamri Chin       UPB FC-MyTeam  
Kunalan Subramaniam      N.Sembilan NAZA
Md Ashaari Shamsuddin   Terengganu  
5 GOL
Azlan Ismail PDRM         
Walter Ariel Silva   Johor FC     
Hasmawi Hassan    Kedah
Rosmin B. Hj. Mohd Kamis        DPMM FC Brunei 
4 GOL
Effendi Abd Malek N.Sembilan NAZA
Mohd Nizaruddin Yusof    Perlis
Joseph Kalang Tie  Sarawak      
Fabio Flor De Azevedo     Terengganu  
Ahmad Latiff Khamarudin PDRM         


Sabtu, 23 November 2019

Abd. Rahman gugurkan lapan pemain


ARKIB : 10/11/1999
JAWATANKUASA Pemilihan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menamakan 26 pemain untuk skuad negara bagi menyertai latihan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia tahun depan dengan menggugurkan lapan pemain yang beraksi pada Sukan SEA Brunei yang lalu, lapor ISHAK SALLEH.
Mereka yang digugurkan ialah penjaga gol, Azmin Azram Aziz dan V. Murugan, pertahanan - V. Thinagaran, Khairul Anuar Baharom dan M. Karunakaran pemain tengah, Nazri Yunos, Asmawi Bakiri dan Yap Wai Loon.
Sementara empat penyerang yang telah membuktikan kemampuan dikekalkan ialah Rusdi Suparman, Wan Rohaimi Ismail, Azizul Kamaluddin dan Khalid Jamlus.
Pemain Negri Sembilan, Zami Mohd. Noor dan pemain Terengganu, Syamsol Saad yang juga tidak ke Brunei turut disenaraikan.
Penyerang skuad Olimpik 2000, V. Saravanan dari Perak yang dianggap kurang menyengat di peringkat antarabangsa dipilih menyertai senarai itu.
Kesemua pemain yang dipilih akan menjalani latihan pertama di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim bermula 17 November ini.
Bagaimanapun, pemain-pemain yang terlibat dalam persaingan Piala Malaysia diberi pengecualian.
Latihan seterusnya adakan diadakan pada 29 November dan 6 Disember, kata Abdul Rahman.
''Kita mahukan komitmen dalam skuad berwajah baru ini,'' kata beliau semasa dihubungi, semalam.
Jurulatih itu kini merangka perlawanan persahabatan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada bulan Ramadan.
Pada peringkat kelayakan, Malaysia berada dalam kumpulan bersama Thailand, Korea Utara dan Taiwan.


Trio Olimpik dipanggil


ARKIB : 16/07/1999
TIGA pemain Olimpik 2000 dan seorang pemain Kuala Lumpur merupakan empat muka baru yang dipanggil jurulatih bola sepak kebangsaan, Abdul Rahman Ibrahim untuk dua perlawanan ujian di Myanmar, minggu depan.
Trio Olimpik, penyerang Khalid Jamlus, pemain tengah Tengku Hazman Raja Hassan dan pemain pertahanan M. Karunakaran serta bek kiri Kuala Lumpur, Mohd. Imran Ahmad mendapat kepercayaan jurulatih itu, menggantikan lima pemain yang diketepikan.
Azlisham Ibrahim (Pulau Pinang), Rizal Sukiman (Johor), Hamzani Omar (Johor FC), S. Saravanan (Kuala Lumpur) dan Shahrulnizam Sahat yang bersama pasukan ke Uzbekistan minggu lalu, digugurkan daripada skuad ke Myanmar.
Rahman ketika mengumumkan barisan itu berkata, lima pemain itu digugurkan kerana mereka tidak cukup bagus dan kurang meyakinkan pengurusan skuad untuk dipilih beraksi di peringkat antarabangsa.
Manakala empat pemain baru yang dipanggil berdasarkan keupayaan masing-masing dalam Liga Malaysia tetapi mereka terpaksa bekerja keras untuk berada dalam skuad ke Sukan SEA Brunei.
''Pemain Olimpik dipanggil untuk diuji bersama pasukan senior kebangsaan selepas aksi memberangsangkan semasa kelayakan Sukan Olimpik lalu dan jika mereka mempamerkan aksi baik di Myanmar, kemungkinan mereka akan diserapkan untuk skuad ke Sukan SEA.
''Imran pula dipilih kerana difikirkan sesuai untuk pertahanan kiri yang memerlukan pemain kidal,'' kata Rahman selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.
Skuad negara, yang baru pulang dari Uzbekistan kelmarin, berlepas ke Yangoon pagi ini.
Mereka dijadual mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan Myanmar pada Ahad dan Isnin ini sebelum kembali ke Malaysia pada Rabu.
Menurut Rahman, aksi di Myanmar merupakan ujian sebenar dan terakhir skuad kebangsaan sebelum terus membawa cabaran di Brunei, bulan depan.
''Ini adalah ujian sebenar kita kerana Myanmar dan Malaysia adalah setanding... dari situlah kita dapat lihat kemampuan dan kekuatan sebenar kita,'' kata jurulatih itu.
Di Brunei, Malaysia diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama Indonesia, Singapura, Kemboja dan pasukan tuan rumah.
Myanmar berada dalam kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Filipina, Vietnam dan Laos.
Bagaimanapun Rahman berkata, kecuali Zami Mohd. Nor, tempat bagi Azman Adnan dan Anuar Jusoh serta beberapa lagi pemain seperti M. Elangoo masih ada kerana barisan akhir skuad kebangsaan akan dinamakan sekembali mereka ke Malaysia.
''Azman dan Anuar masih berpeluang jika pulih daripada kecederaan masing-masing tetapi Zami mungkin tidak bersama ke Brunei,'' katanya.
Azman dan Zami yang cedera di buku lali serta Anuar di pangkal paha tidak bersama pasukan ke Uzbekistan yang mana Malaysia mencatat satu kemenangan daripada tiga perlawanan di sana.

Malaysia elak tempat tercorot


ARKIB : 03/07/1999

Malaysia elak tempat tercorot
PENYERANG Malaysia, Khalid Jamlus (kiri) melepaskan rembatan deras sambil disaingi oleh pemain pertahanan Filipina, Dan David Orbeta pada perlawanan pusingan kedua kelayakan Olimpik kumpulan enam Asia di Tokyo, semalam. Malaysia menang 5-0. - Gambar Reuters.


SKUAD Olimpik 2000 Malaysia bangkit mencapai kemenangan sulung pada pusingan kedua kelayakan bola sepak Sukan Olimpik dengan mengganyang Filipina 5-0 di Stadium Nasional, Tokyo, semalam.
Kemenangan ini sekadar mengelak Malaysia daripada menghuni tempat tercorot kumpulan enam Asia biarpun sepatutnya mampu membenam Filipina dengan jaringan yang lebih besar.
Ia juga merupakan kemenangan kedua Malaysia daripada tujuh perlawanan keseluruhan, selepas membelasah lawan yang sama 6-1 ketika pusingan pertama di Hong Kong lalu.
Rosle Derus mencatat hatrik menerusi gol pada minit ke-28, 36 dan 62 manakala Akmal Rizal Rakhili menambah jaringan Malaysia, minit ke-61 dan 71.
Menurut laporan AFP, jurulatih Malaysia, Hatem Souissi mengalu-alukan kemenangan itu walaupun turut berpendapat, ia tiba agak lewat.
''Kami sasarkan tempat kedua kumpulan tetapi selepas kalah kepada Hong Kong, mustahil untuk Malaysia mencapainya lagi,'' kata Hatem.
Cuma Nepal menjadi lawan terakhir Malaysia esok.
Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada perlawanan yang dicemari serangan penonton di Hong Kong lalu.
Gol pertama Rosle muncul menerusi sepakan kaki kanannya selepas menerima umpanan Shawal Johadi.
Rosle memperdayakan penjaga gol lawan, Francis Paranpan untuk gol kedua sebelum mencipta hatrik menyudahi hantaran Tengku Hazman Raja Hassan.
Jepun selaku juara kumpulan ini sudah pun menjamin tempatnya ke pusingan kelayakan terakhir, menyertai Korea Selatan, China, Qatar, Kuwait, Bahrain dan Kazakhstan. Jepun semalam menewaskan Hong Kong 2-0 menerusi jaringan Nakamura dan Hirase.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kecewa dengan prestasi hambar skuad Olimpik 2000 ini.
Katanya, pasukan itu sepatutnya menunjukkan pencapaian yang lebih baik berdasarkan latihan intensif yang dijalani sebelum ini.
Pasukan itu dibentuk kira-kira empat tahun lalu dengan pelaburan RM6 juta malah pernah menyertai Kejohanan Belia Dunia pada 1997.
''Saya rasa agak kecewa dengan prestasi pasukan negara. Kedudukan kita masih di bawah,'' katanya kepada Bernama di Machang, semalam.
Muhyiddin menambah, kementerian sedang menunggu langkah seterusnya yang akan diambil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk membangunkan skuad negara pada masa depan.
''FAM sudah mengadakan seminar bertujuan memperbaiki skuad kebangsaan. Jadi kita tunggu apakah tindakan yang mereka akan buat selepas ini,'' katanya.