Selasa, 15 September 2020

Sultan Selangor beli Kasut Emas milik Khalid Jamlus

 SUKAN



SULTAN Sharafuddin berkenan membeli Kasut Emas milik Khalid Jamlus (kanan) untuk ditempatkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor di pekarangan Istana Alam Shah, Klang semalam. - SELANGOR ROYALE OFFICE

Sultan Selangor beli Kasut Emas milik Khalid Jamlus

Oleh MUHAMMAD ZUHAILY BADLISHAH

14 September 2020, 9:11 pm

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menjadi pemilik baharu Kasut Emas milik bekas penyerang sensasi kebangsaan, Muhammad Khalid Jamlus selepas berkenan membeli anugerah individu paling bernilai dalam kancah bola sepak tempatan itu.

Khalid, 43, meluahkan rasa terharu terhadap keputusan ba­ginda untuk memiliki Kasut Emas yang dimenanginya ketika menyarung jersi Perak pada 18 tahun lalu dengan satu nilai yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Walaupun perjuangan saya bersama Selangor tidak begitu lama. Namun, Tuanku masih menghargai jasa saya bersama Selangor dan juga pasukan kebangsaan. Saya cukup terharu,” kata Khalid dalam laman sosial Facebook peribadinya semalam.

Menerusi satu kenyataan dimuat naik di Facebook Sela­ngor Royal Office semalam, ba­ginda berkenan meletakkan ­Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada 2002 itu di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor di pekarangan Istana Alam Shah, Klang.

Sebagai rekod, penyerang yang pernah menyertai ujian percubaan dengan kelab Jerman, Eintracht Frankfurt itu, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana dengan 17 gol ketika mewakili Perak pada 2002.

Sepanjang bersama Perak, Khalid menjaringkan 50 gol dalam 104 perlawanan liga dari 1999 hingga 2004 sebelum me­nyarung jersi Selangor selama dua tahun pada 2005 dan 2006.

Baru-baru ini, Khalid menggemparkan arena bola sepak tanah air apabila melelong pelbagai barangan peribadi termasuk menjual Kasut Emas itu atas faktor kewangan selepas tiga tahun tidak mempunyai pekerjaan.Selepas beberapa bulan berusaha menjual Kasut Emas itu, akhirnya berhasil mendapat ‘tuan’ baharu selepas Khalid dikatakan menjadi mangsa peni­puan pembeli pertama, sebelum urusan pembelian kedua tidak menjadi kenyataan sebelum ini.SUMBER-KOSMO ONLINE

Isnin, 14 September 2020

Sultan Selangor beli Kasut Emas Khalid



SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus. - IHSAN SELANGOR ROYAL OFFICE

Oleh Media Mulia

14 September 2020, 12:21 pm

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas bekas penyerang kebangsaan, Khalid Jamlus.

Selangor Royal Office dalam hantaran di Facebook rasmi hari ini memberitahu, Kasut Emas tersebut dibeli pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Penyerahan kasut tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas di Istana Alam Shah, Klang hari ini.Trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada 2002 itu juga akan diletakkan di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di pekarangan Istana Alam Shah.

Khalid, 43, yang dianggap legenda bola sepak Perak dan pernah menyarung jersi Selangor dari 2005 hingga 2006 sebelum ini mencuri tumpuan apabila bertindak melelong beberapa koleksi peribadi miliknya seperti pingat, jersi dan poster.

Dia bagaimanapun menegaskan, tindakan itu bukan berniat meraih simpati orang ramai, sebaliknya untuk meneruskan kelangsungan hidup.Utusan Malaysia sebelum ini difahamkan, Kasut Emas penjaring terbanyak Liga Malaysia itu dijual pada harga RM99,999.SUMBER-SUKAN UM ONLINE

Sultan Selangor berkenan beli Kasut Emas Khalid Jamlus

  SUKAN»Bola

Isnin, 14 September 2020 | 12:35pm



Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus. - Foto ihsan Facebook Selangor Royal Office

Sultan Selangor berkenan beli Kasut Emas Khalid Jamlus

Oleh Norzamira Che Noh

bhnews@bh.com.my

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan membeli Kasut Emas milik bekas pemain bola sepak kebangsaan, Khalid Jamlus.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office hari ini, baginda membeli kasut berkenaan pada satu nilai yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Baginda juga berkenan meletakkan trofi Kasut Emas yang dimenangi Khalid pada 2002 itu di Muzium Galeri Bola Sepak Selangor yang terletak di pekarangan Istana Alam Shah, Klang.

Majlis penyerahan ringkas berlangsung di Istana Alam Shah.

Sebelum ini media melaporkan bekas penyerang kebangsaan itu menjual Kasut Emas yang dimenangi 18 tahun lalu atas faktor kewangan selepas tiga tahun tiada pekerjaan.

Khalid merangkul Anugerah Kasut Emas selepas meledakkan 17 gol yang turut berjaya membantu Perak muncul juara Liga Perdana 1 pada musim 2002.

Selain Kasut Emas, Khalid turut membuat lelongan pelbagai barangan peribadi termasuk poster, jersi serta medal yang dimenangi sepanjang kariernya.SUMBER-SUKAN BHONLINE